10 Feb 2012

Hikmah kehidupan

   Di satu wilayah tinggallah sebuah keluarga,dengan hidup yang  sederhana dan amat bahagia.
Mereka di kenali sebagai keluarga yang gemar beramal,walaupun keluarga itu bukan sebuah keluarga yang kaya,namun kemurahan hati mereka bersedekah memberi keluarga itu terasa dekat dan disenangi para jiran tetangganya.
   Pasangan itu di kenali sebagai Pak Burhan dan isterinya adalah Mak Minah.
walau pun hidup yang yang sederhana dan serbah cukup, pasangan suami isteri itu sering kali
memberi makan siapa saja yang bertamu ,walaupun mereka tinggal tak jauh dari rumah nya.
terkadang anaknya  itu menegur perbuatan kedua org tua nya
"mak ayah,' kita ni bukan lah org kaya,apa yang kita makan pun hanya sekadar yang cukup,"kata anaknya.
tapi kedua pasangan itu hanya tersenyum
"sari,'Memberi banyak rezkinya',"kata Mak minah pada anaknya..
   Ketika hasil kebunnya berbuah,kedua pasangan itu tidak lupa membagi-bagi para tetangga secara rata.
pada suatu hari, Mak Minah  menziarahi para jiran tetangganya.dan maksud kedatangan nya ingin meminta maaf,bila ada kesilapan yang tak di sengajakan.oleh kerana pasangan itu sangat di sukai oleh setiap jiran tetangganya..para tetangga nya tentu menyambut dengan baik kedatangan Mak minah.
mereka pun saling bermaafan.
  Tampa mereka sedari, permintaan maaf nya adalah untuk kali terakhirnya,sebelum dia menutup usia.
kebiasaan di waktu pagi keluarga itu akan duduk sama untuk menyantap sarapan pagi sebelum pak Burhan  Besiap pergi ke keladang,kerana hasil kebunya siap untuk di tuai. Mak Minah seperti Mendapat Firasat,ia melarang suaminya pergi.biasanya Mak Minah tidak pernah Berbuat begitu.
Mak Minah memohon pada suami nya untuk tidak ke ladang,kerana ia agak tidak berapa sedap badan.
  Akan tetapi Pak Burhan terpaksa pergi. ke-anehan kembali terjadi,tiba-tiba di wajah Pak Burhan kelilingi lalat yang berterbangan se akan menghalangi langkah Pak Burhan. namun mengingat kan kebunya yang sudah sampai masa untuk di tuai,dia terus melangkah menuju ke kebun untuk menuai hasil tanaman.
  Di kebun,perasaan Pak Burhan tidak tentram dan asik teringat kata-kata istrinya yang melarang dia untuk pergi ke kebunnya.setengah jam kemudian, ia selesai menuai hasil tanaman nya.tampa melengahkan masa Pak Burhan terus pulang kerumah nya.
sesampai nya di halaman rumah,dia tak nampak pun wajah isteri nya,yang biasanya ceria menyambutnya. Pak Burhan segera mencari isterinya. krtika sampai di halaman belakang rumah,tubuh Pak Burhan terasa lemah dan tak bermaya apabila mendapati apa yang ada di depan matanya.
Di kolam yang berisi air separas lutut itu. tubuh isterinya ter-geletak dengan kepala terkulai. Pak Burhan segera mengangkat tubuh isterinya. di pangkuannya,isteri yang selama empat puluh lima tahun yang setia mendampinginnya itu sudah tidak bernyawa lagi. Mak Minah sudah meninggal.
  Sedih yang tiada terkira dirasakan  anak-anak mereka,pemergian ibu yang tercinta.
Pak Burhan yang biasanya tampak tenang pun tidak kuat menahan kepiluannya di tinggal isteri tercinta. berulang kali ia menyatakan kesal mengapa tetap pergi keladang,padahal isterinya telah melarangnya.
  Namun, takdir tidak dapat di tolak,semua garis hidup manusia sudah menjadi ketetapaNya yang tertulis dalam kitab "Lauh Mahfuz."
  Pada hari itu,setelah di solatkan,jenazah pun siap di kebumikan. Hari itu terjadi air-pasang,di mana air sungai tiba-tiba naik ke permukaan, sampai setinggi lutut dan mengenai halaman rumah-rumah penduduk.
jalan di penuhi air bahkan jembatan satu-satunya pengubung ke tanah perkuburan pun hanyut di bawah air.
akhirnya dengan memakai perahu rombongan yang membawa jenazah menuju ke kawasan perkuburan.
   Ketika membawa jenazah, kebimbangan bermain di fikiran Pak Burhan, kalau air tidak juga surut,boleh di pastikan tanah perkuburan yang di tuju pun akan dipenuhi air. bagaimana kalau jasad Mak Minah tidak boleh di makamkan. tapi bila mengingatkan itu,Pak Burhan segera beristighfar dan memohon pertolongan Allah.s.w.t.
  Dengan pertolongan dan kehendakNya,di tanah perkuburan,lubang yang telah di gali untuk jasad Mak Minah,sama sekali tidak di masuki air dan akar-akar dan ranting-ranting yang hanyut tiada yang satu pun yang masuk dalam lobang yang sudah di gali untuk jenazah. padahal seluruh kawasan tanah perkuburan itu di penuhi air setinggi lutut.lubang kubur pun bebas dari akar-akar pokok yang banyak tumbuh di kawasan itu.
  Semua yang hadir merasa takjub,mereka pun mengucapkan syukur kerana proses pekebumian dapat di lakukan dengan mudah,tampa terganggu. salah seorang jiran mengatakan sesuatu kepada anak Mak Minah
"Mak kamu di beri kemudahan Allah s.w.t.
mudah perkebumiannya, tiada akar-akar pokok,
kering tidak di masuki air walau sedikit pun dalam lubang kubur,
mudah cepat lagi.
tiada yang meninggal semudah dan selancar Mak kamu.
Kamu  harus bersyukur."
  Mendengan kata-kata jirannya itu anak-anak Mak Minah pun menitiskan air mata,tak kuasa menahan aruh. begitu pun yang di rasakan oleh Pak burhan
kesedihan yang dirasakan terasa hilang seketika, melihat kemudahan yang di berikan Allah s.w.t. masih dengan wajah sedih Pak Burhan berucap lirih,"Aku ikhlas,Aku ikhlas."
====WAHAI SAUDARA SE ISLAM KU,INGATLAH ALLAH TIDAK PERNAH JAUH DARI HAMBAHNYA YANG SELALU MENGINGATI DAN MENTAATI PERINTAHNYA.======
==>Dari Abu Zar r.a., dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:"Ada tiga golongan orang yang tidak di ajak bercakap oleh Allah pada hari kiamat,tidak akan di perhatikan,
tidak akan di sucikan dan bagi mereka azab yang pedih; Orang yang menyebut-nyebut pemberiannya,
Orang yang memanjangkan kainnya(orang yang sombong),
dan orang yang melariskan dangannya dengan sumpah dusta(palsu)."HR Muslim.<==

No comments:

free counters
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azan Software

Letakkan notis atau link anda disini

(X)